#Tahukah Anda apabila 350 ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150 ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 derajat celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
#Tahukah Anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.
#Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, juru gambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun
1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama pPapa Razzi.
#Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
#Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.
#Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.
#Tahukan Anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
#Tahukah Anda
burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
#Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun ia berbeda dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.
#Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletus. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.
#Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
#Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.
No comments:
Post a Comment